ORANG KAFIR PERTIKAI AL-QUR'AN

View previous topic View next topic Go down

ORANG KAFIR PERTIKAI AL-QUR'AN

Post  Ezekiel on Wed Jun 10, 2009 8:24 pm

Ustaz Zaki,
baru-baru ini saya surf youtube.com, dan dengan kejadian saya terlihat 1 video bertajuk Miracles of Iron in the Qur'an: EXPLAINED diupload oleh Philhellenes.
dalam ruangan comments video tersebut, ada beberapa orang (saya kira orang bukan Islam) yang mempertikai dan mentertawakan ayat2 dlm Qur'an. Berikut adalah hujah mereka:

1. The Koran perfect?

Koran says man was created from a clot of congealed blood (al ‘alaq 96: ayat 2), clay, mud
moulded into shape (al hijr 15: ayat 26), from dust (ali imraan 3: ayat 59), out of nothing
(at tuur 52: ayat 35), sperm-drop ( an-nahl 16: ayat 4)

2. Was Noah's household saved from the flood? Surah huud 11: ayat 42-43 says his son was killed, whereas (al anbiyaa’ 21: ayat 76) and (as saaffaat 37: ayat 75-77) say they were all saved.

3. Was Pharaoh drowned? Yes, according to al israa’ 17: ayat 102-3. No, according to yunus 10: ayat 90-92

4. Who are his messengers? Only men says (an nahl 16: ayat 43) or angels ( hud 11: ayat 69) or a beast( an naml 27: ayat 82)

Begitu la hujah diorang Ustaz. Saya rasa marah dan kecewa bila baca komen2 diorang tu. Rasa nak balas semula hujah diorang, tapi ilmu saya dalam Tafsir Qur'an sikit sangat.
Jadi di sini saya mohon Ustaz boleh hujah balik isi-isi yg diorang ajukan ini dalam FORUM ni, kalau Ustaz berkesempatan? Kemudian saya boleh bidas org2 kafir tu semula.

Ezekiel

Posts : 2
Join date : 10/06/2009
Age : 30
Location : Tg Malim, Perak

View user profile

Back to top Go down

kejadian manusia adalah satu proses

Post  Us.Zaki on Mon Jun 15, 2009 4:40 am

Assalamualaikum

Bagi menjawab soalan saudara saya akan cuba nenjawab dengan semampu yg saya boleh dan silalah rujuk kepada orang-orang alim yg lain untuk menambah ilmu dan keyakinan saudara ,saudara juga bolehlah melihat video perdebatan di antara dr.campbell dengan dr zakir naik kerana di dlmnya terdapat perdebatan berkenaan proses penciptaan manusia ,barangkali ia boleh membantu . video itu anda boleh lihat di blog kami . baiklah saya mulakan dengan makna –makna ayat al quran yg saudara nyatakan di ruangan soal jawab .

Surah Hijir

26. Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

Manusia yg di maksudkan di sini ialah Nabi Adam a.s . sahaja . asal usul kejadian manusia memang berasal drp tanah liat yg sudah kering dan tanah liat itu berasal drp lumpur yg hitam . kemudian barulah Allah memberikan bentuk ataupun acuan dan jadilah manusia induk ( adam a.s ) dan drp adam lah terciptanya Siti Hawa dan drp keduanya lahirlah keturunan manusia . dan ayat ini menekankan kepada kita supaya manusia kenal asal usulnya dan supaya manusia bersifat rendah diri dan selalu ingat kematian dan hari kebangkitan . Allah menciptakan manusia drp tanah supaya manusia itu bersifat seperti tanah dan memberi manfaat kepada makhluk lain . Berbanding jin yg diciptakan drp api .yg sifatnya bernyala-nyala . dan mempunyai sifat yg sentiasa marah dan memusnahkan orang lain .

Surah Alaq
2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Sebenarnya ayat ini menerangkan proses kejadian manusia .proses yg ke dua selepas percantuman air mani dan ovum . mengapa Allah berfirman dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah . ayat ini adalah wahyu pertama .ayat ini didahului oleh IQERA’ bermaksud bacalah . ketika penurunan wahyu yg pertama nabi dipeluk oleh malaikat jibril sebanyak 3 kali .dan setiap kali pelukkan itu ,jibril menyuruh nabi membaca . suruhan membaca yg pertama membawa maksud bacalah . suruhan membaca yg ke dua ialah membawa maksud fahami lah,suruhan membaca yg ke tiga bermaksud kajilah . lalu diikuti ayat “ dia telah menciptakan manusia dr segumpal darah . pada masa itu manusia tidak tahu apa yg wujud di dlm rahim perempuan yg sedang mengandung ,tetapi zaman sekarang , manusia sudah tahu proses penciptaan manusia dan apa yg wujud didlm rahim perempuan yg sedang mengandung . bagaimana manusia mengetahui proses kejadian manusia itu .jawapanya mestilah berdasarkan kajian demi kajian . kajian ialah maksud suruhan jibril kepada Nabi kali yg ke 3 . kamu tahu apa tujuan Allah meletakkan ALAQOH pada ayat 2 itu sekarang . manusia diperintah bukan setakat membaca dan memahami tetapi lebih drp itu iaitu membuat kajian .dan ayat ke dua itu boleh diumpamakan seperti Allah memberi cth satu tugasa kepada manusia yg membaca
( mengkaji ) al Quran .

Surah Ali Imran

59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, Kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), Maka jadilah Dia.

Pada ayat ini Allah memberi tahu kepada manusia bahawa ciptaan adam a.s adalah sama dengan ciptaan Isa a.s .mereka berasal drp asal usul yg sama iaitu tanah . ayat ini bermaksud Allah menafikan bahawa nabi Isa itu adalah tuhan atau anak tuhan .nabi isa adalah manusia biasa seperti adam a.s ,kerana mereka berdua dicipta oleh Allah s.w.t drp sumber yg sama iaitu tanah .

Surah Atthur

35. Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?

Ayat ini menuntut kefahaman manusia supaya sedar bahawa Allah itu maha berKuasa bersifat Qiamuhu binafsi . bermaksud berdiri dengan sendirinya . ayat ini juga menuntut kesedaran manusia supaya memikirkan asal usul kejadiannya ,siapa yg menciptaknnya, dari apa ia di ciptakan . pertanyaan ini ingin menyedarkan manusia drp bersifat sombong dan tidak megakui Allah sebagai Pencipta. Allah juga ingin menyedarkan manusia bahawa Allah berkuasa menghidupkan manusia setelah Allah mematikan manusia . Ayat ini adalah ayat pertanyaan dan sindirian /tempelak kepada manusia yg lupa daratan ,ayat ini bukan ayat pernyataan dan pemberitahuan . cth . seorang kakak yg marahkan adiknya yg malas mengemas rumah .kakak itu menyindir dengan berkata . Yelah tu kamu lah yg kemas rumah nie semuanya ,akak tidur je ... persoalannya adakah adik itu yg mengemas rumah itu ? sudah tentu tidak ,tentu ada sesuatu yg wajib difikirkan oleh adik itu dengan ayat pertanyaan itu .


Surah An Nahl

4. Dia Telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.

Air mani sifatnya keji dan hina tetapi manusia yg dicipta drp air mani itu sebahagiannya tidak beriman kepada Allah ,mereka tidak sedar diri dan lupa daratan dan lupa asal usul mereka . Mereka kufur kapada ayat-ayat Allah . mereka menjadi penentang agama Allah

Kesimpulan
Secara umumnya manusia pertama ialah Nabi adam a.s ,Baginda tidak dilahirkan tetapi dicipta .adam dicipta drp apa? ,siapa yg menciptanya? .jawapannya .Adam dicipta drp tanah dan Allah menciptanya ini berdasarkan ayat surah hijr dan ali imran dan surah baqoroh .

Kemudian isteri nabi adam dicipta oleh Allah iaitu Siti hawa drp tulang rusuk Adam a.s berdasarkan ayat surah annisa . kemudian barulah mereka berkahwin . bermula drp itu proses kejadian manusia bermula drp air mani berdasarkan surah Annahl .

kemudian berterusan kepada proses yg ke 2 iaitu alaqoh seperti makna dari surah al alaq iaitu seketul Darah dan seterusnya menjadi manusia dari surah annur

Manusia yg anti islam memang begitu ,mereka telah membaca al quran tetapi setakat membaca sahaja ,mereka tidak memahami ,sekiranya mereka memahami , nascaya mereka akan mengakui kebenaran alquran ,sekiranya mereka mengkaji Al Quran sudah tentu mereka akan mengucap 2 kalimah sahadah. Mereka cuma membaca Al Quran dan mencari kesalahan .mereka membaca Al Quran tetapi tidak mahu mencari kebenaran tetapi mereka mencari kesalahan , mereka mendapati kesalahan tetapi sebenarnya mereka tidak faham bahawa itu bukan kesalahan .maka jadilah mereka sebagai penghina islam yg cuba meragu-ragukan orang lain .

saya bagi cth yg mudah ( barangkali anda boleh memikirkan cth yg lebih logik dan berkesan)

Katakanlah Ahmad itu tinggal di rumah no. 12 ,jln merak ,taman pertama ,tanjung karang ,selangor ,malaysia . dan pada suatu hari dianbertemu kenalan baru dari perak dan kenalan itu bernama abu maka terjadilah dialog seperti dibawah sebagai salam perkenalan ;

Abu : anda tinggal di mana?
Ahmad : saya tinggal di tanjung karang
Atau
Abu : anda tinggal di mana ?
Ahmad : saya tinggal di jln merak
Atau
Abu : kamu tinggal di mana ?
Ahmad :saya tinggal di rumah no 12 .

Semua ada 3 soalan yg sama dan 3 jawapan yg berbeza adakah jawapan ahmad salah semua atau betul kesemuanya atau hanya 1 saja yg betul dan 2 salah ? jawapannya semuanya jawapan ahmad itu benar ,ahmad menjawab tanjung karang dan jawapan ahmad itu benar kerana tanjung karang itu adalah daerah dia tinggal .ahmad menjawab jln merak ,dan jawapan ahmad itu benar kerana jln merak itu adalah jln dimana dia tinggal , ahmad menjawab no 12 . jawapan ahmad itu benar kerana no 12 itu adalah no.rumah dimana dia tinggal. Begitu juga dengan proses penciptaan manusia di atas.

Selain drp itu ketika berhujjah dengan orang yg anti Islam gunakanlah hujjah akal , di samping hujah alquran ,semoga anda berjaya . .wallah a’lam jawapan yg lain insyallah akan menyusul . sekian

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Banjir nabi nuh a.s

Post  Us.Zaki on Mon Jun 15, 2009 8:43 am

assalamualaikum

ini pula jawapan bagi masalah yg ke dua iaitu bah ketika zaman nabi nuh a.s .mula-mula baca da fahamkan maksud ayat yg ke 42 dar surah hud

42. Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. dan Nuh memanggil anaknya,[719] sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir."

43. Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari Ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha penyayang". dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; Maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.

[719] nama anak nabi Nuh a.s. yang kafir itu Qanaan, sedang putra-putranya yang beriman ialah: Sam, Ham dan Jafits.

Berdasarkan dua ayat di atas menceritakan bah semasa nabi nuh itu menenggelamkan kesemua manusia kecuali orang –orang yg beriman . orang yg ditenggelamkan oleh Allah itu juga termasuk salah seorang anak nabi nuh a.s yg bernama Qonaan tetapi saudara mesti baca ayat yg ke 46 pada surah yg sama seperti terjemahan di bawah ini

46. Allah berfirman: "Hai Nuh, Sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), Sesungguhnya (perbuatan)nya[722] perbuatan yang tidak baik. sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan."

[722] menurut pendapat sebagian ahli tafsir bahwa yang dimaksud dengan perbuatannya, ialah permohonan nabi Nuh a.s. agar anaknya dilepaskan dari bahaya.

Pada ayat yg ke 46 di atas menunjukkan anak yg derhaka itu tidak digolongkan sebagai ahli keluarga nabi nuh a.s . lihat ayat di bawah pula

76. Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan kami memperkenankan doanya, lalu kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar.

Ayat ini menerangkan bahawa Allah menerangkan bahawa Allah memakbulkan doa nabi nuh a.s dan Allah menyelamakan nabi nuh beserta ahli keluarga ( yg dikatakan ahli keluarga nabi nuh adalah beriman sahaja yg bukan beriman bukan ahli keluarganya )lihat ayat yg ke 46 di atas .saudara dapat pecahkan kebuntuan itu.

75. Sesungguhnya Nuh Telah menyeru Kami: Maka Sesungguhnya sebaik-baik yang memperkenankan (adalah Kami).

76. Dan kami Telah menyelamatkannya dan pengikutnya dari bencana yang besar.

77. Dan kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan.

Ayat 75 .76 dan 77 itu menceritakan bahawa Allah sebaik penerima doa dan memakbulkan . dan sesungguhnya pengikut yg terselamat adalah orang yg beriman sahaja dan dari merekalah keluar keturunan manusia sehingga sekarang .

Walaupun kita ada bukti kukuh mereka tetap tidak mnerima hidayah seperti ayat dari surah al baqoroh yg bermaksud

Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama sahaja ke atas mereka samada diberi peringatan ataupun tidak ,mereka tetap tidak beriman .

sekian . jawapan yg lain insyaalllah akan menyusul

Sekian .

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Kisah Firaun, lemas dan mati serta diselamatkan jasadnya sahaja tanpa nyawa .

Post  Us.Zaki on Tue Jun 16, 2009 8:15 am

Assalamualaikum

Untuk jawapan seterusnya ,saya fikir orang yg beri komen itu tahu bahawa Al quran itu sempurna cuma barangkali terdapat sifat dengki yg menyebabkan dia berkata begitu . ataupun dia seorang yg tidak tahu dan tidak faham al quran yg menyebabkan dia mengeluarkan pendapat yg bukan-bukan ,jika diteliti ayat di bawah ini dan di baca kita akan dapat faham firaun itu pada permulaannya di tengelamkan lalu matilah ia , selepas itu firaun di damparkan ke tepi pantai sebagai pengajaran bahawa firaun itu hanyalah seorang manusia dan sudah tentu bukan tuhan .sebab tuhan tidak mati .mari kita teliti ayat 102 dan 103 dibawah ini

102. Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu Telah mengetahui, bahwa tiada yang menurunkan mukjizat-mukjizat itu kecuali Tuhan yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Sesungguhnya Aku mengira kamu, Hai Fir'aun, seorang yang akan binasa".

103. Kemudian (Fir'aun) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikut-pengikutnya) dari bumi (Mesir) itu, Maka kami tenggelamkan dia (Fir'aun) serta orang-orang yang bersama-sama dia seluruhnya,

2 ayat di atas sangat jelas apa yang akan berlaku ke atas firaun .firaun akan mati ,bagaimana ia akan mati dia akan dilemaskan di laut merah .. marilah kita lihat ayat ke 90 .91.dan 92 dibawah pula

90. Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

91. Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal Sesungguhnya kamu Telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.

92. Maka pada hari Ini kami selamatkan badanmu[704] supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.

[704] yang diselamatkan Allah ialah tubuh kasarnya, menurut sejarah, setelah Fir'aun itu tenggelam mayatnya terdampar di pantai diketemukan oleh orang-orang Mesir lalu dibalsem, sehingga utuh sampai sekarang dan dapat dilihat di musium Mesir, Berhias, atau bepergian, atau menerima pinangan.

Ayat yg ke 92 ,Allah menerangkan bahawa selepas firaun dilemaskan dan mati ,barulah Allah selamatkan badannya /jasadnya/ tanpa roh .Allah menyelamatkan badan firaun untuk pengajaran . antara pengajarannya ialah Firaun itu manusia . firaun itu bukan tuhan . maka pecahlah tembelang manusia yg mengaku tuhan itu . persoalannya apakah seseorang itu dianggap selamat sekiranya seseorang itu mati lemas kemudian jasadnya ditemui selepas 4,5 hari .

sekian

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Rasul dan Nabi hanya dikalangan manusia

Post  Us.Zaki on Tue Jun 16, 2009 10:45 pm

Assalamualaikum

Ini Jawapan yg terakhir bagi soalan saudara ,kita mulakan dengan meneliti ayat yg ke 43 dibawah ini

43. Dan kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan[828] jika kamu tidak mengetahui,

[828] Yakni: orang-orang yang mempunyai pengetahuan tentang nabi dan kitab-kitab.

Maksud ayat di atas ialah seorang lelaki yg diberi wahyu adalah seorang rasulallah . tidak semua manusia yg dipilih oleh Allah untuk mendapat wahyu di dunia ini hanya ada 124,000 orang yg terpilih dan dilantik oleh Allah menjadi nabi dan hanya 313 orang sahaja yg terpilih dilantik menjadi rasul . Mereka semuanya dikalangan lelaki sahaja . para rasul dan nabi bukan dikalangan perempuan . dan para rasul dan nabi hanya dikalangan manusia sahaja.

Nabi adalah seorang lelaki yg mendapat wahyu tetapi tidak diwajibkan untuk disampaikan kepada ummatnya /kaumnya .mereka mengamalkan ajaran wahyu itu dan orang yg tertarik dengan tingkah laku nabi tersebut ,akan mengikut kelakuan/akhlak /cara hidup nabi tersebut ,mereka tidak diberikan kitab

Rasul adalah seorang lelaki yg mendapat wahyu utk dirinya dan wajib disampaikan kepada kaumnya /ummatnya . diantara mereka diberikan suhuf dan ada diantara mereka diberikan kitab .

Kita lihat pula ayat yg ke 69 di bawah ini

69. Dan Sesungguhnya utusan-utusan kami (Malaikat-malaikat) Telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," Maka tidak lama Kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Ayat diatas adalah kisah 2 malaikat yg diutuskan oleh Allah untuk membinaskan kaum Nabi Lut a.s . disebabkan kederhakaan mereka. sebelum malaikat itu ke negeri kaum nabi Lut mereka singgah terlebih dahulu di rumah nabi Ibrahim a.s utuk menyampaikan beberapa khabar drp Allah .

. Jadi dia mesti tahu ta,arif nabi dan rasul . nabi dan rasul adalah manusia bukan malaikat ,dia mesti mempelajari Islam secara mendalam ,nampaknya dia adalah orang jahil yg berlagak pandai . Para malaikat yg diutus itu hanya ditugaskan membinasakan negeri kaum Lut a.s .bukan untuk berdakwah kepada manusia seperti amalan para rasul .

Dan untuk penelitian yg terakhir sila baca ayat di bawah ini

82. Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami[1108].

[1108] yang dimaksud dengan perkataan di sini ialah ketentuan datangnya masa kehancuran alam. salah satu dari tanda-tanda kehancuran alam ialah keluarnya sejenis binatang melata yang disebut dalam ayat ini.

Ayat diatas adalah menceritakan berkenaan DABATU L ARD yg akan muncul pada akhir zaman( dunia sudah hampir kiamat) . akhir zaman yg dimaksudkan pada ayat di atas ialah selepas kewafatan Nabi Muhamad s.a.w .Nabi muhammad adalah rasulallah yg terakhir ,tiada nabi dan rasul selepasnya dan Nabi Muhammad adalah penutup para nabi dan rasul . Dabatul arb bukan dari kalangan manusia yg bermaksud binatang itu bukanlah rasul.rasul mesti dikalangan manusia .

Kesimpulannya
Hanya pada ayat 43 di atas itu sahaja yg dimaksudkan rasul yg sebenar iaitu seorang lelaki yg diberi wahyu oleh Allah dan bukan yg lain . Saudara sebenarnya berurusan orang jahil lagi degil dan hanya mencari kesalahan di dlm Islam .padahal apa yg ditemui itu bukanlah kesalahan tetapi dia tidak faham maksud yg sebenar yg dikehendaki oleh Alquran/Islam . Alangkah malangnya an dia itu , Mudah-mudahan dia mendapat petunjuk drp Allah. sekian

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ORANG KAFIR PERTIKAI AL-QUR'AN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum