Andai solat fardhu ditinggalkan seumur hidup seorang muslim dan meninggalkan dunia,maka haruskah dia membayar fidiyah sepertimana puasa?

View previous topic View next topic Go down

Andai solat fardhu ditinggalkan seumur hidup seorang muslim dan meninggalkan dunia,maka haruskah dia membayar fidiyah sepertimana puasa?

Post  tronx013 on Mon May 25, 2009 11:13 pm

Salam,

Jika puasa ada fidiyah, solat pula bagaimana? Setahu saya solat tidak ada fidyiah. sebab ,baru-baru ni saya terdengar ada orang buat fidiyah pasal solat fardhu yang ditinggalkan. Katanya, dalam kitab dulu-dulu ada membenarkan fidiyah untuk solat fardhu. Andai ada fidiyah, pastinya ramai yang akan meninggalkan solat fardhu.Apa komen kalian?

tronx013

Posts : 1
Join date : 25/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Fidyah solat

Post  Admin on Tue May 26, 2009 1:25 am

Waalaikumussalam...setahu saya fidyah solat itu hanya ada dlm mazhab selain dari mazhab Imam Syafei,mazhab Syafei hanya ada fidyah untuk puasa

Admin
Admin

Posts : 7
Join date : 21/05/2009

View user profile http://forum-ustaz.niceboard.net

Back to top Go down

Re: Andai solat fardhu ditinggalkan seumur hidup seorang muslim dan meninggalkan dunia,maka haruskah dia membayar fidiyah sepertimana puasa?

Post  Us.Zaki on Tue May 26, 2009 7:40 am

Assalamulaikum.

1) Seperti yg dimaklumi ,setiap mukalaf yg meninggalkan solat fardu ,yg 5 waktu itu samada sengaja atau tidak , maka wajiblah dia mengqodo'nya . Lagi cepat lagi afdol dan qodo solat ,wajib dilakukan oleh orang yg meninggalkannya .maksudnya seseorang itu tidak boleh mengqodo' solat orang lain.

2)Seseorang yg meninggalkan solat fardu ,wajib mengqodo' solatnya ketika dia masih hidup .apabila seseorang yg meninggalkan solat itu mati ,orang lain tidak boleh menjadi wakil utk mengqodo'kannya .

3)Amalan seperti yg tuan khabarkan itu sebenarnya memang masih ada lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat kita ,bahkan sebahagian Pak Kiai pun masih meneruskan amalan itu dan mengatakan mereka ada hujjah akan perkara itu .

Menurut pendapat saya yg mempunyai ilmu yg cetek ini . berpeganglah dahulu pada perkara 1 dan 2 di atas . manakala perkara 3 ,pada ketika ini saya belum lagi menemui jawapan yg muktamad dan meyakinkan samada perkara itu sememangnya wujud di dlm Islam ataupun tidak .

sekiranya saya menjumpai jawapannya nanti , saya akan tuliskan diruangan forum ini nanti . sekiranya para pengunjung ada jawapannya ,dipersilakan untuk berkongsi ilmu bagi menjernihkan pegangan kita sebagai orang Islam .sekian

wallahu a'lam
insan yg faqir
zaki

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

tambahan jawapan

Post  Us.Zaki on Thu May 28, 2009 8:07 pm

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya sudah menemui jawapannya

Fidiyah puasa sememangnya tiada dlm mazhab Shafie tetapi terdapat didlm mazhab Hanafi berdasarkan syarat –syarat tertentu

1- Orang yg melaksanakan fidiyah itu mesti mengetahui sedikit sejarah si mati
-
- sekiranya simati seorang yg melakukan solat semasa hidupnya tetapi ada juga meninggalkan solat sekali dua ,maka haruslah dilaksanakan fidiyah ke atasnya

-sekiranya simati seorang yg terkenal dengan kejahatan dan simati ada menyatakan bahawa tidak perlu bersolat ataupun dia pernah berkata did lm hidupnya , nanti aku akan meminta warisku melakukan fidiyah solat setelah aku meninggal dan ucapan-ucapan yag sama maksudnya . maka tidak haruslah di laksanakan fidiyah ke atasnya

2- Barang fidiyah adalah berupa makanan asasi di sesebuah Negara seperti beras utuk Negara Malaysia ,gandum utk Negara Arab Saudi dsb. Barang ini boleh ditukar dengan emas atau nilai mata wang . Kadar nya ialah satu cupak bagi satu solat yg ditinggalkan .

3. Walaupun si mati menunaikan solat ,kiraan fidiyah mestilah di kira dr masa mula si mati baligh sehingga saat kematian .iaitu bermula dari 15 tahun sehingga lah umur matinya .

4. oleh kerana fidiyah solat ini ada didalm mazhab hanafi maka kita wajiblah mengikut aturan ibadah mazhab hanafi . Kita sebagai pengikut mazhab Shafie wajib menunaikan solat sehari semalam 5 kali .tetapi mazhab hanafi di tambah satu lagi iaitu solat witir,solat witir wajib penganut mazhab hanafi . maka kiraan fidiyah solat hendaklah berdasarkan hari , darab dengan 6 kali solat cth . 6 solat x dengan bilangan hari ( sejak baligh hingga meninggal ) = ?

Wallah a’lam .saya akan membuat penambahan sekiranya ada ilmu baru yg saya jumpai Smile

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Andai solat fardhu ditinggalkan seumur hidup seorang muslim dan meninggalkan dunia,maka haruskah dia membayar fidiyah sepertimana puasa?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum