HUKUM MEMBUAT KEKASIH KEMBALI MENGGUNAKAN IKHTIAR SEORANG USTAZ

View previous topic View next topic Go down

HUKUM MEMBUAT KEKASIH KEMBALI MENGGUNAKAN IKHTIAR SEORANG USTAZ

Post  naset on Thu Oct 22, 2009 8:07 am

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang perubatan islam..Saya mempunyai kekasih..kami telah lama berkawan iaitu lebih lima tahun..tetapi,tanpa sebab,dia telah menjadi pemarah dan ingin tinggalkan saya..mungkin saya melakukan kesilapan padanya tanpa saya sedari...dulu,bila dia marah,sy boleh pujuk dia..

tapi sekarang,dia tak boleh ditegur walaupun keluarga dia sendiri yg menegurnya..ibunya sangat sukakan saya..dan kami pun sudah merancang ingin melansungkan perkahwinan..saya tahu,dia amat cintakan saya...tapi,semasa dia belajar di salah sebuah universiti tempatan,ada seorang lelaki ingin mengambil hatinya..baru sebulan dia kenal lelaki tu,terus dia ada perasaan pada lelaki tersebut..dan dia terus tiada perasaan pada saya dan membenci pada saya..saya hairan...

selepas itu,ibunya mengajak saya pergi berjumpa seorang ustaz..ustaz tersebut membaca bebrapa ayat pada gambar saya dan dia kemudian diminta menanam gambar itu di halaman rumah.saya juga perlu beri air basuhan muka saya untuk diminum oleh kekasih saya..saya juga perlu bagi kekasih sy mkn minyak yg disapu pada dagu dan siku saya..sekarang,saya ingin tahu,apakah hukumnya jika melakukan sedemikian?adakah berdosa besar?adakah akan mendatangkan mudarat?bolehkah saya membuat supaya lelaki tersebut jauhkan dari kekasih saya?

saya harap ustaz dapat membantu saya..terima kasih..

naset

Posts : 1
Join date : 22/10/2009

View user profile

Back to top Go down

Pendapat + Pertanyaan

Post  -SYAFIQ- on Fri Oct 23, 2009 5:36 am

Pendapat: Saya rasa lebih baik kita mengharapkan pertolongan dari Allah, iaitu berdoa, solat hajat. Ustaz tu membaca ayat2 pada gambar mungkin boleh diterima. Tetapi yg lain2 tu sama seperti apa yg dilakukan oleh bomoh/tok dukun yg ilmunya terpesong.

Pertanyaan: Adakah amalan seperti - menanam gambar di halaman rumah, beri air basuhan muka saya untuk diminum oleh seseorang, bagi mkn minyak yg disapu pada dagu dan siku.. hukumnya salah disisi Islam walaupun dgn niat yg lain..

-Saya ni pelajar, masih belum menamatkan skolah menengah, klu ada salah dlm kata2 sy, minta maaf & tlg bimbing kpd perkara yg benar..

-SYAFIQ-

Posts : 2
Join date : 23/10/2009

View user profile

Back to top Go down

Jodoh Allah tentukan

Post  Us.Zaki on Thu Oct 29, 2009 9:13 pm

Assalamualaikum

Saya simpati dengan masalah saudara , cinta yg ditolak adalah satu perkara yg menyakitkan .Tetapi tidak semua perkara yg kita anggap susah dan menyeksakan itu buruk pada kita .

marilah kita teliti maksud ayat al Quran di bawah

... Mudah-mudahan sesuatu perkara yg engkau tidak suka adalah baik untuk diri engkau dan mudah-mudahan sesuatu perkara yg engkau suka adalah tidak baik untuk diri engkau ,Allah maha tahu apa yag engkau tidak tahu .


Perasaan tidak boleh dipaksa ...ia lahir drp hati ,sekiranya ia sudah tiada untuk diri anda maka bermaksud sudah tidak ada rezeki bagi diri anda . carilah yg lain .Bagaimana sekiranya nanti kekasih anda berkahwin dengan anda tanpa perasaan sayang pada anda ?.

adakah itu satu perkahwinan yg bahagia ? pada masa yg sama perasaannya milik orang lain ,cuma "body" sahaja milik anda .... anda melakukan hubungan intim dengan isteri anda tetapi perasannya bersama dengan orang yg dia cintai .

lebih baik anda cari perempuan lain yg menyayangi anda ..kalau anda berkahwin dengan perempuan itu sudah tentu anda akan dapat "body" dan perasaannya.

Saya setuju dengan saudara Syafiq , minyak dagu dan amalan yg bertentangan dengan ajaran Islam adalah hukumnya haram dan berdosa besar. Dengan melakukan perkara itu anda akan dapat perkara yg anda hajatkan . tetapi ingat jodoh yg seperti itu adalah jodoh Syaitan .

Adakah anda inginkan rumah tangga yg akan anda dirikan itu atas restu syaitan dan sihir? .

Lepaskan lah dia pergi ..anda cari sahaja yag lain ... zaman sekarang bilangan perempuan lebih ramai drp lelaki ... dekatkan diri kepada Allah semoga perasaan putus cinta itu reda dan padam . sekian.

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: HUKUM MEMBUAT KEKASIH KEMBALI MENGGUNAKAN IKHTIAR SEORANG USTAZ

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum