bagaimana mengetahui jodoh?

View previous topic View next topic Go down

bagaimana mengetahui jodoh?

Post  saya on Sun Aug 09, 2009 1:57 am

Assalamualaikum Ustaz,
Saya seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, dan masih lagi dalam pengajian. Saya telah bertemu dengan seorang lelaki yang juga menuntut di institusi yang sama. Pada mulanya, kami kenal begitu sahaja, tetapi kemudia mulalah dia sms saya. Kerana saya tahu bahawa berbalas2 mesej ini mungkin akan membawa kepada kelalaian, dan juga ada diberitahu bahawa bersms smalah hukumnya dengan berdua-duaan, saya berusaha untuk memendekkan perbualan setiap kali dia beri sms, dan juga tidak membalas mesej-mesej yang tidak berkaitan dengan perlajaran.

Tetapi dia telah meluahkan perasaanyya terhadap saya dan baru-baru ini dia telah menyatakan keinginannya untuk memperisterikan saya. Dan dia juga bertanya bilakah dia boleh meminang saya. Sebenarnya, saya juga mempunyai perasaan terhadapnya, dan juga telah melakukan banyak solat istikharah. Masalahnya ialah, bagaimana hendak mengetahui jawapan solat kita itu? Saya sebenarnya yakin bahawa dia jodoh saya, tetapi, juga turut ragu-ragu kerana tidak pula melihat dia dalam mimpi.

Dan juga, adakah saya ini terlalu muda untuk bertunang? dan bagaimana pula jika kami berbalas sms untuk mengetahui tentang diri masing-masing?

saya

Posts : 1
Join date : 09/08/2009

View user profile

Back to top Go down

Tiada Halangan

Post  Us.Zaki on Sun Aug 09, 2009 6:01 pm

Waalaikum salam

kepada saudari "saya" apabila seseorang itu bersolat istikharah tidak semestinya bermimpi melihat orang yg hendak kahwini itu muncul dlm mimpi tersebut .

Kadang-kadang apabila seseorang itu beristikharah dia tidak mendapat mimpi ataupun sebarang alamat tetapi kecenderungan hati nya itu kepada apa yg dihajati . ( merasa yakin melakukan perkara itu dsb)

Saudari" saya" perlu bersolat banyak-banyak kali ,tidak memadai hanya sekali sahaja untuk mendapatkan keyakinan dan petunjuk drp Allah .


Saudari , berdasarkan umur saudari ,menurut syarak ,tidak ada halangan atas saudari untuk berkahwin /berumahtangga. menurut undang-undang negara kita pun tidak ada halangan . sekiranya bakal suami puan itu mampu melaksanakan tanggung-jawabnya untuk memberi nafkah samada zahir dan batin ,maka tidak perlu risau akan umur ,pelajaran dsb .maka kahwinlah sahaja .

walaubagaimanapun ,Saudari mestilah merujuk terlebih dahulu kepada orang tua akan perkara itu , lakukan dengan tertib , semoga berbahgia. wassalam .

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum