adakah ia lafaz kinayah?

View previous topic View next topic Go down

adakah ia lafaz kinayah?

Post  suami_buntu on Sat Jun 20, 2009 2:11 pm

assalamualaikum wbrt....

saya telah berkahwin sejak setahun yg lalu. tp kami tidak tinggal sebumbung... saya berada di kuala lumpur, manakala isteri saya bekerja di serawak... masalah saya ialah bile bersama kawan2 saya selalu sebut "biase laa aku, org bujangkan" kdg2 semase sebut... mcm2 terlintas difikiran... bukan saye nk ceraikan isteri saya.. tp itu mungkin bisikan syaitan laknatullah... x pernah pn terlintas nak ceraikan isteri.. apakah hukumnye ustaz... minta pandangan & penjelasan. terima kasih.. w'salam

suami_buntu

Posts : 1
Join date : 20/06/2009

View user profile

Back to top Go down

Lafadz kinayah mesti disertai dengan niat yg kukuh .

Post  Us.Zaki on Sat Jun 20, 2009 9:14 pm

Assalamualaikum

Lafadz cerai terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
1- Lafadz soreh
2- Lafadz kinayah

Lafadz soreh ialah apabila seseorang suami menceraikan isterinya dengan lafadz cerai ataupun talak .cth seorang suami berkata aku talakkan /ceraikan engkau … maka jatuhlah talak ke atas isterinya .
Talak boleh jatuh walaupun suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya .

Lafadz kinayah ialah apabila seseorang suami menceraikan isterinya dengan menggunakan lafadz yg kurang jelas seperti seseorang suami berkata kepada isterinya diantara kita sudah tidak ada hubungan lagi .

Lafadz kinayah mesti disertai dengan niat yg kukuh didlm hati ,barulah talak boleh jatuh ke atas isteri ,sekiranya tidak disertai dengan niat maka talak tidaklah jatuh.

Berkenaan soalan tuan itu . Tidak jatuh talak ke atas isteri tuan kerana tuan tidak berniat menceraikan isteri tuan . lintasan yg tuan rasa di dalm hatitu adalah drp hasutan syaitan .Bukan drp hati tuan . Kan berbeza kata –kata dr hati tuan dengan bisikan syaitan .ia adalah 2 perkara yg berbeza ,dari sumber yg berbeza . Tuankan yg berkahwin dengan isteri tuan ,bukan syaitan. Minta maaf kerana berkata begitu ,saya berkata begitu hanya bertujuan untuk menyakinkan diri tuan supaya tidak buntu lagi .

Saya cadangkan kepada tuan agar mengubah bahasa gurauan ketika bergurau dengan rakan-rakan khususnya ketika menceritakan status tuan . Gunakan bahasa yag lain supaya dapat mematahkah hasutan syaitan dan tuan terselamat drp perasaan ragu-ragu . sekian .

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum