Minta cerai berdosa ke ?

View previous topic View next topic Go down

Minta cerai berdosa ke ?

Post  Us.Zaki on Sat Jun 20, 2009 5:36 am

Mesej Anda: Assalammualaikum ustaz..saya ada satu masaalah dan satu kemuskilan..saya xtau pada siapa saya nak bertanya dan megadu kerana keluarga saya tidak mahu lagi memperdulikan saya..saya harap ustaz dapat membantu saya..
1.saya masih sah lagi bergelar isteri..tapi sejak bulan 11 tahun lepas saya keluar tinggalkan umah dan suami kerana saya tidak tahan dengan sikapnya yang terlalu kecewakan saya.kami bernikah kerana saya terpaksa tapi bukan bererti saya tidak cuba sayang/cintakan dia tapi dia xpernah memberi peluang untuk saya membuka hati saya untuknya..
dia xsolat,malah berjudi dan hisap ganja.slalu keluar pagi dan balik lewat malam..balik terus tidur tampa memperdulikan saya..Hingga lah 1hari kakak ipar saya dapat kesan dia rupa2nya ada hubungan luar dengan isteri orang..kami memberitahu ibu mertua saya,dan kami berpakat berjumpa suami perempuan itu,tapi lain yang dharapkan lain yang jadi..akhirnya saya dipukul oleh suami..
Sejak itu dia berpisah dengan ppuan itu tapi lagi memeranjatkan saya dia semakin berani dengan membawa ppuan lain kerumah kami..saya sedih sanggat lalu saya bagitau keluarga mertua..ibupabanya datang kerumah untuk selesaikan masaalah tapi mereka pula yang dimarahinya..dia bagi alasan dia akan bernikah dengan ppuan itu..saya telah setuju tapi sampai sekarang mereka masih belum bernikah malah mereka semakin berani melekukan zina sesuka hati di rumah saya hingga saya membuat keputusan keluar dari rumah...
Ustaz..adakah tindakkan saya keluar dari rumah itu salah?
Keluarga saya tidak pernah tahu masaalah saya dengan suami,mereka selalu marah dan suruh saya kembali kepangkuan suami,saya tidak sampai hati nak beritahu hal yang sebanar kerana suami saya adalah pilihan keluarga..Bagi saya pula dihati ni dah tiada tempat untuk suami lagi...
Saya bercadang memohon cerai..tapi kawan2 kata berdosa meminta cerai..saya keliru..saya tak mahu lagi hidup dengan suami..
2.Suami saya pernah kata yang dia tak akan ceraikan saya sampai bila2..apa perlu saya lakukan?
3.Setelah saya keluar dari rumah,suami pernah talifon saya semata2 dia kata dia gersang..dan dia akan bayar saya jika saya mahu memuaskan nafsunya...dia seolah2 betul2 memanggap/samakan saya dengan pelacur..
Dia langsung xtanya keadaan saya,dia hanya fikirkan siapa yang nak memenuhi nafsunya..sakit hati saya...
*Apa hukumnya jika betul2 kami melakukan itu?
*Dan dosa ke saya bila tak mahu mengikut kehendaknya?

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Minta cerai berdosa ke ?

Post  Us.Zaki on Sat Jun 20, 2009 9:34 am

Assalamualaikum

1-Seorang perempuan yg keluar rumah tanpa izin suami adalah haram dan isteri tersebut derhaka kepda suaminya .

Akan tetapi dlm kes puan ,puan keluar rumah kerana tidak tahan dengan perangai suami puan yg sering melakukan dosa -dosa besar seperti yg puan ceritakan itu, dan menjadikan rumah itu sebagai sarang maksiat jadi puan diharuskan keluar dr rumah itu kerana dikhuatiri puan bersubahat dengan amalan -amalan suami puan itu .

2-Seorang isteri adalah haram meminta cerai drp suaminya jika tidak mempunyai alasan yg selari dengan syarak .

akan tetapi dlm kes puan ini ,puan diharuskan memohon fasakh drp hakin di mahkamah syariah .fasakh adalah permohonan cerai drp isteri atau suami kepada hakim atas sebab yg diharuskan syarak .

antara sebab diharuskan fasakh ialah

1- Suami cuai dlm memberi nafkah
2- Suami menzalimi isteri
3- dsb

3- Apabila suami mengkehendaki berjimak dengan isterinya ,maka wajiblah isteri melayan kehendak suaminya itu kerana itu adalah hak bersama

akan tetapi sekiranya puan nekad bercerai dengan suami puan maka puan bolehlah menolak ajakan suami puan itu dan percepatkan lah permohonan fasakh puan itu di mahkamah syariah . sekiranya puan masih ingin berbaik-baik semula dengan suami puan maka puan wajiblah melayani kehendak suami puan itu .berkenaan kesanggupan suami membayar sekiranya kehendaknya dipenuhi itu .terpulanglah kepada puan samada mahu mengambil nya atau tidak ,kerana sebenarnya suami wajib memberi nafkah kepada isterinya . anggaplah ia sebagai nafkah yg suami puan abaikan selama ini .

Saya doakan semoga puan mendapat kebahagian dan ketenangan hidup .pada waktu ini saya cadangkan supaya puan sering-seringlah mendekati diri kepada Alllah .


Ceritakan lah segala masalh puan dengan suami puan kepada ibu dan bapa puan ,sekurang-kurang puan telah memberitahu perkara yg sebenar kepada ibu bapa puan ,walaupun mereka tidak percaya . Insyaalllah nanti disuatu masa nanti segala yg benar akan terbela .

saya memohon maaf kerana terpaksa menjawab diruangan forum ini kerana email jawapan drp soalan puan tidak dapat dihantar ,walaupun telah saya cuba beberapa kali . sekian

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum