sah atau tidak nikah

View previous topic View next topic Go down

sah atau tidak nikah

Post  okone on Sat Jun 13, 2009 6:24 am

assalammualaikum.. baru2 ini... saya ada menonton cerita di tv3 bertajuk nur kasih dan ada dialog lebih kurang "kalau salah soeorang tak redha, tidak akan ada namanya pernikahan"

apakah yang dimaksudkan dengan ini ya? adakah redha@rela itu sekiranya tidak redha@rela itu ada hanya sekadar niat, ataupun telah dilafazkan.... pada waktu pernikahan...

adakah pernikahan itu sah sekiranya misalnya pengantin perempuan tidak redha@rela dalam hati, ataupun adakah dengan lafaz? pada sesuatu pernikahan?

sekiranya tidak sah... dan pasangan masih belum bersama walaupun tidur sebilik, adakah mereka perlu bernikah semula ataupun bercerai.. sekian sahaja soalan saya...

okone

Posts : 1
Join date : 13/06/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: sah atau tidak nikah

Post  Us.Zaki on Wed Jun 17, 2009 6:16 pm

Assalamualaikum

Saya tidak mengikuti kisah tersebut dan saya tidak tahu bagaimana sebenarnya dialog itu diucapkan .

Perkahwinan ada rukun-rukun dan syaratnya –syaratnya

Berikut adalah rukun perkahwinan

1- Suami
2- Isteri
3- Saksi
4- Wali
5- Ijab dan qobul ( sighah)

Dan setiap rukun itu ada syarat-syaratnya .saya akan menyenaraikan syarat-syarat drp rukun-rukun nikah yg berkaitan dengan soalan saudara iaitu

1- Suami syarat-syaratnya ialah

- Bukan mahram
- Orang yg tertentu
- Bukan dlm ihram haji /umrah
-
2- Isteri pula syarat-syaratnya ialah

- Bukan mahram
- Orang tertentu
- Bukan dlm ihram haji /umrah

3- Sighah( ijab dan Qobul ) syarat-syaratnya ialah

- Hendaklah menggunakan perkataan nikah
- Menggunakan lafaz soreh ( jelas)
- Tidak diselangi dengan perkataan yg lain /diam yg lama
- Berlaku pada masa itu juga tidak terikat dengan syarat tertentu
- Tidak diikat dengan masa

Baik ,saya ambil ayat saudara , tidak dinamakan pernikahan sekiranya salah seorang tidak reda . saya andaikan pasangan itu dipaksa atau tidak suka atau tidak mahu berkahwin /dikahwinkan .

Bagi perempuan yg masih gadis ,wali mujebir ( bapa dan datuk kepada pengantin perempuan ) boleh mengkahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan pengantin perempuan , jadi tidak menjadi masalah bagi pihak perempuan kerana perkahwinan itu sah walaupun dia tidak suka /reda /dipaksa /tidak suka dengan pasangannya .

Bagi pengantin lelaki pula .saudara lihat syarat drp rukun yg saya senaraikan di atas , tidak terdapat syarat paksaan pada syarat bakal suami dan tidak ada syarat paksaan bagi sighah . Walaubagaimanapun perkahwinan itu tidak sah kecuali seorang lelaki telah berzina dengan perempuan itu dan orang yg memaksa adalah hakim itu adalah darp hakim .

Apabila akad itu telah terlaksana ,maka pasangan itu tidak boleh melakukan persetubuhan kerana perkahwinan itu tidak sah . Wallah a'lam

Us.Zaki
Admin

Posts : 30
Join date : 22/05/2009

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum